Arkib Blog
-
▼
2020
(15)
-
►
Februari
(13)
- Gebu Gebu Manis
- Bocey Samba Bola Kampung
- FILEM Hantu Kubur
- Telefilem Projek Bakar Lemak FULL Abam Bocey, Zari...
- Mahligai Cinta (2018): Abam Bocey pilih Dieya seba...
- Agihan Bubur Lambuk dari ABAM BOCEY & ALI PUTEH | ...
- Sedapnya Itik Salai Masak Lemak Cili Api | Eps 7 R...
- Ketuk Ketuk Ramadan 2015 - Abam
- Watch Abam Bocey food review video at Alamanda Sho...
- Watch Abam Bocey food review video at Alamanda Sho...
- VIRAL! ABAM BOCEY MENGAMUK DI BKE CORNER
- Majlis Perkahwinan Abam Bocey - iman mutiara - Aba...
- Best Street Food in Penang | Traveloka Travel Guide
-
►
Februari
(13)
Ahad, 6 Disember 2020
Siapa yang nak hidup susah dalam dunia yang penuh mencabar ini.. kalau boleh semua manusia nak hidup senang dan kaya raya....tetapi kekayaan tak menjamin kebahagian semua manusia...kebahagian tidak boleh diukur dari wang ringgit.
kebahagian itu hadir bila kita disayangi oleh setiap insan termasuk dari Tuhan yang satu yakni Allah S.W.T.
Untuk mendapat kasih sayang Allah itu senang sahaja:-
1. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang ditegah.
2. Solat 5 waktu sehari semalam.
3. Sentiasa percaya pada hikmah dan ujian Allah.
Khamis, 27 Februari 2020
Isnin, 24 Februari 2020
Ahad, 23 Februari 2020
Khamis, 20 Februari 2020
Rabu, 19 Februari 2020
Khamis, 13 Februari 2020
Khamis, 16 Januari 2020
Ujian Tanda Kekuasan Allah SWT
Dari sudut hati aku setelah aku melihat serta mendengar setiap kata2 dari adik Puteri Balqis Azizi ternyata ujian adik ini terlalu besar....dah laa ibunya dibuang dari hidup keluarganya, kerja pun dah hilang kerana menjaga Puteri dari dua tahun yang lalu bila disahkan Puteri sakit. Kesian Puteri Balqis dan Puan Nurashikin....mereka seperti orang gelandangan di negara sendiri. Aku sering tertanya-tanya dimana hati perut segelintir manusia yg hanya tau mengata dan menghina ibu kepada balqis ini....
Bukan kehendak mereka jadi sebegini...ini ujian yg mereka tanggung tapi mereka tetap tabah dan redha dalam mnghadapi ujian tersebut. Mereka tidak meminta-minta tapi mereka bekerja menjual hasil nukilan dari Puteri Balqis buku puisi yang diterbitkan...
Didalamnya terkandung luahan isi hati seorang anak kecil yg br meningkat remaja kini.... seorang yang dulu nya aktif di gelar bintang kecil yg terlalu pandai berlakon.
Sekiranya akak berjumpa dengan adik Puteri Balqis dan akak berkemampuan mungkin akak juga akan membantu adik....
Penderitan seseorang insan itu bukan dipinta tapi ia diberi oleh Allah sebagai ujian untuk tiket mereka di sana nanti... sekiranya kita lulus dgn setiap ujian yang Allah bg pasti akan ada sinar bahagia menanti kita disana....dgn erti kata lain redha dan teruskan kehidupan adalah jalan terbaik.
Semua umat manusia diuji oleh Allah tapi dari pelbagai bentuk yang berbeza... Aku juga sering diuji oleh Allah tapi kita kena tabah dan redha serta kuat utk tempuhi segalanya. Kerana pada aku setiap ujian yg Allah beri pasti ada cahaya sinar yg bakal menanti kelak.
Allah takkan uji manusia jauh dari kemampuan kita. Jangan pernah bersangka buruk terhadap Allah kerana Allah tuhan pencipta sekian makhluk. Dia Maha Penyanyang dan Maha pendengar.
Senjata orang mukmin adalah solat dan doa...Allah nak dengar kita berdoa memohon kepadaNya dan bukan pada manusia atau makhluk lain.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Langgan:
Catatan (Atom)