Jumaat, 15 November 2013

Sambungan 27 Februari 2004


Arwah Faiz mempunyai ramai sahabat karib.
Dia rajin berusaha. serta rajin bekerja dan berdikari.
Kerana kami diajar oleh ayah kami untuk berusaha sendiri mengumpul duit jika kami inginkan sesuatu. Kami bukan dari golongan orang kaya. hanya sederhana sahaja.

Pada suatu hari iaitu hari tanggal 27 Februari 2004, ketika kita semua rakyat Malaysia sibuk bekerja dan bersekolah, berlakunya satu tragedy yang saya sendiri tidak perasan kejadian ini akan berlaku. Detik jam 12.59 tengah hari berlakulah kemalangan jalanraya yang mengakibatkan arwah Faiz pergi buat selama-lamanya meninggalkan saya dan keluarga kami.

Tetapi arwah pergi dalam keadaan baik walaupun kemalangan motorsikal. Saya tetap bersyukur walaupun pada mulanya hamper pengsan.

Rabu, 13 November 2013

27 Februari 2004 Dalam Kenangan

Tanggal 27 Februari 2004 merupakan tarikh paling keramat buat aku dan keluarga.
Kenapa saya mengatakan yang tarikh tersebut adalah tarikh keramat?
Pada tarikh tersebutlah perginya adik kesayangan saya kembali ke pangkuan Allah s.w.t.
Dalam usia 19 tahun dia telah menemui tuhan sekian alam, Allah s.w.t.

Nama adik kesayanganku ini ialah Faiz Bin Omar. Lahir pada 31 Oktober 1984. Seorang anak yang sangat baik serta menghormati dan mentaati kedua ibu bapa serta seorang adik yang sentiasa menolong kakak dan abangnya. Arwah ni dahulunya ketika berusia 2 bulan telah dijaga oleh arwah nenek kami belah ayah kami selama lebih kurang setahun sahaja kerana nenek kami tak larat pasal dia sudah tua!

Kemudian arwah di hantar oleh ibu kami ke rumah jiran kami yang berdekatan untuk diasuh selama 6 tahun sahaja.Kemuadian arwah mula bersekolah di Sekolah Islam Al-Hira di Klang sana. Mengikut pilihan ayah kami yang mahukan kesemua anak-anaknya belajar di sekolah agama.Arwah tak pernah membantah. Apa pun yang arwah lakukan semuanya dengan keikhlasan hatinya.

Sesudah usia arwah 14 tahun, arwah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh di repek bawah naugan Tuan Guru, Datuk Haji Nik Aziz Bin Nik Mat (pengasas PAS serta Mursyidul am Pas). Arwah sangat suka belajar dengan tok guru. Arwah kata pada saya yang dia banyak menimba ilmu dengan tok guru. Arwah sanggup tak pulang ke rumah walau ketika cuti sekolah yang panjang kerana seronok bekerja di rumah tok guru.

Arwah adikku ini sangat pandai berdikari, sentiasa berusaha untuk mencari rezeki sendiri. Seusia 15 tahun arwah pernah menjadi imam dibeberapa buah masjid yang dihantar oleh tok guru. Arwah merupakan seorang pelajar yang celik hati dan mudah belajar. Arwah juga seorang yang peramah dan ramai kawan serta sahabat.

tak cukup ruang...akan bersambung lagi