Khamis, 19 Jun 2014

2014 Yang Penuh Misteri

Tahun 2014 ini aku rasa seakan pelik aje. 

Banyak perkara berlaku dalam kita tidak sangka-sangka, terutama sekali kejadian Misteri Kehilangan MH370 yang sampai sekarang tiada khabar berita. Aku kesian juga pada Waris dan Keluarga mereka yang menanti. Apa yang boleh aku lakukan adalah hanya berdoa semoga yang hilang akan dijumpai kembali, ini semua kuasa Allah. Dia Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang Dia kehendaki. Sapa kita untuk bertanya kepadaNya!

Kejadian Kedua pula mengakibatkan kes penculikan yang makin menjadi-jadi dipersekitaran laut negeri Sabah. Aku rasa ni semua berpunca dari Konspirasi seseorang yang berpengaruh dinegara ini.

Kejadian seterusnya pula berlaku pada semalam yang aku dengari bot karam. bot yang hanya boleh muat tidak ramai mana mereka isi dengan 97 orang penumpang macam mana tak karam. dalam kes ni aku ucapkan padan ler muka pada mereka. Ni semua sindiket dari P.A.T.I. Nasib mereka ler.

Kejadian demi kejadian pelik berlaku pada tahun ini. Adakah ini salah satu tanda-tanda dari Allah yang bahawa bumi kita ini sudah tidak lama lagi nak Kiamat?

Kiamat pasti berlaku itu janji Allah. Tapi bila dan bagaimana itu semua rahsia Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagai hamba Allah dan makhluk ciptaan Allah kita harus sentiasa bersedia dan sentiasa beringat. Perkara tersebut akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dengan izin Allah.

Disini aku juga ingin merakamkan takziah pada keluarga setiap umat islam yang telah kembali kerahmatullah.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka semua dan ditempatkan mereka ke dalam syurga bersama golongan orang-orang yang beriman yang terdahulu pergi.

Dari Allah kita diciptakan kedunia ini dan kepada Allah juga kita akan kembali.